Search This Blog

Monday, 21 May 2012


Senibina Islam Dari Sudut Pandangan Kasar Seorang Pelajar Senibina Tahun 3

Apabila ‘senibina Islam’ atau Islamic Architecture dibawa bicara, gambaran utama pada kebanyakan minda adalah reka bentuk bangunan dengan megahnya kubah, ukiran-ukiran mewah, menara gah dan motif bintang. Perletakan imej Islam pada elemen-eleman harfiah (literal) ini secara tidak langsung telah mewujudkan sekularisme dalam senibina.

Islam itu sendiri bersifat syumul, pengaplikasiannya mampu bahkan harus wujud dalam semua hal termasuklah senibina. Pencemaran wajah Islam yang berlaku hari ini telah menjadikan aplikasinya dalam senibina bersifat materi dan hanya pada gapaian mata kasar sahaja. Sedangkan aplikasi nilai yang seharusnya dimaknakan dalam sesebuah rekabentuk itu dipandang lupa. Arkitek-arkitek Islam tidak ramai yang mampu ketengah bersama imej Islam, menjadikan rekaan senibina sebagai medium dakwah. Bahkan seorang arkitek yang tinggi fikrah Islamnya apabila bicara tentang senibina sukar menghubungrangkaikan rekaan dengan Islam tanpa melibatkan unsur-unsur materi. Pengaplikasian unsur-unsur materi seperti motif bintang dan kubah juga pada masa kini tidak lagi mengambarkan identiti arkitek tersebut sebagai Islam kerana sudah ramai arkitek-arkitek bukan Islam yang turut mengguna pakai unsur-unsur sedemikian. Di mana istimewanya kita?

Senibina Islam itu harus wujud pada nilai dan fungsi sesebuah rekaan, bukan pada unsur semata dan arkitek peranannya bukan sekadar mengisi alam dengan hutan besi dan batu yang luar biasa rekaannya tetapi melestari kesejahteraan manusia dan semesta.

Apabila membicarakan tentang nilai, nyata sekali Islam itu dipenuhi dengan pelbagai nilai-nilai murni. Bahkan semua nilai murni itu adalah Islam. Sungguh menyedihkan apabila hari ini nilai-nilai murni tidak lagi dilihat sebagai nilai Islam lantaran orang Islam sendiri jauh dari pengamalannya. Sebagai suatu contoh mudah lagi dekat, bersih. Islam itu agama yang menyeru kepada kebersihan dan keindahan. Maka apabila sesuatu bangunan itu direkabentuk supaya tampak bersih dan mudah dibersihkan, maka secara maknawinya, sudah ada pengaplikasian senibina Islam di situ.

Dalam memburu kemajuan, pelbagai bangunan gah semakin hari semakin bercambah. Namun adalah menyedihkan apabila wujudnya sesetengah bangunan hebat ini secara diam mencambahkan benih-benih kasta dalam masyarakat. Orang-orang besar dengan rumah-rumah agam di tengah taman hinggakan tiada terintai oleh rakyat golongan biasa. Kemewahan binaan telah memisahkan raja dan rakyat, menjauhkan pemimpin dari pengikut, menjadikan yang kaya semakin bangga dan yang miskin semakin hina. Nilai mulia kejiranan turut terbunuh dek tembok-tembok gah dan lorong-lorong payah yang memisahkan sesebuah rumah. Walaubagaimanapun, bukanlah menjadi halangan untuk berumah besar, lebih besar daripada rumah orang lain jika sumber belanja modalnya halal, namun perancangan sesuatu binaan itu harus mengambil kira implikasi sosial terhadap kawasan kejiranan bukan sekadar ‘building site context’ semata. Pelestarian nilai islamik kejiranan juga terutamanya dalam perancangan bandar dan kampung pastinya dapat menyumbang ke arah perpaduan yang kita semua harapkan.

Selain itu, dalam perlumbaan merekabentuk bangunan hebat, belanja yang besar ditabur hambur semata-mata untuk sebuah bangunan yang kadangkala hanya berfungsi untuk sekali dua dalam setahun. Sedangkan di hujung kota ada insan yang tidur di bawah atap bocor setiap hari. Pembaziran melampau sekalipun untuk binaan rumah ibadat atau masjid adalah tidak wajar bahkan harus dijauhkan.Apa guna jika masjid dibina dengan gah lagi hebat, tetapi saban masa lengang daripada ibadat. Bahkan pengadaan dekorasi melampau masjid menjadikan kita sama seperti kristian dan yahudi yang menghias gereja dan rumah-rumah ibadat mereka. Mereka juga gemar menghasilkan monumen-monumen atas nama agama. Maka apa bezanya kita dengan mereka?

Di banyak negara maju, sustainable architecture atau senibina mesra alam sudah lama dibawa pakai dalam rekabentuk. Senibina jenis ini menjadikan alam sekitar sebagai fokus utama sesebuah rekabentuk. Setiap sesuatu keputusan yang diambil dalam reka dan bina mengambil timbal kesan terhadap alam sekitar untuk jangka panjang terutamanya merujuk kepada pemanasan global yang semakin menjadi-jadi. Sungguh memalukan apabila pelestarian alam sekitar dari sudut senibina ini tidak teramal oleh orang kita yang agamanya menuntut supaya menjaga alam sekitar.

Antara pengaplikasian murni sustainable architecture adalah dari sudut fungsi ruang. Unsur ruang fleksibel atau serbaguna diaplikasi bagi meminimakan saiz binaan dan memaksimakan penggunaan ruang. Sesuatu ruang itu boleh diguna pakai untuk pelbagai fungsi dan tidak terbiar pada suatu jangka masa tanpa fungsi. Aplikasi ini seharusnya mampu wujud sekalipun dalam binaan masjid. Sebagai contoh; sebuah masjid yang direka untuk memuatkan 500 untuk sekali waktu solat pastinya akan lengang tanpa guna diluar waktu solat. Jika ada yang menggunakan ruang solat, mungkin hanya sekelompok lima atau enam orang. Pengaplikasian ruang fleksibel dengan keupayaan meletakkan dinding pemisah boleh laras bagi mengecilkan ruang dan dijadikan fungsi lain misalnya untuk kelas-kelas atau ruang rehat bagi musafir meningkatkan fungsi masjid itu sendiri sekaligus mengelakkan pembaziran ruang. Pada waktu-waktu lain, masjid juga boleh dijadikan dewan mesyuarat setempat tanpa perlu mewujudkan dewan serbaguna yang asing. Menjadikan masjid sebagai pusat himpun atau dewan am sesebuah kawasan juga meletakkan limitasi terhadap program-program sosial yang dianjurkan. Jika lokasi penganjuran sesebuah majlis adalah masjid, maka kecenderungan wujudnya unsur munkar dalam majlis tersebut sudah pasti dapat dielakkan.

Namun begitu, penulisan ini bukanlah menolak secara total aplikasi unsur motif dan lahiriah yang cukup sinonim dengan senibina Islam. Sebaliknya menegaskan bahawa pengaplikasian senibina Islam adalah luas seluas Islam itu sendiri. Cukup kesal apabila sesebuah bangunan itu senibinanya dikatakan berasal dari Islam, kelihatan sungguh islamik tetapi di dalamnya menjadi sarang kemaksiatan. Misalnya bangunan yang asalan reka plannya dari bintang lapan yang melambangkan islam tetapi di dalamnya diisi dengan kedai arak dan judi, juga sarang-sarang maksiat untuk muda-mudi. Ruang sesuai solat juga hanya wujud pada satu tingkat untuk keseluruhan 60 tingkat yang ada. Islamikkah begini?

Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan sedang menuju maju harus mula memandang serius aspek senibina. Resam dunia juga telah menjadikan binaan-binaan sebagai ukuran tamadun dan modenisasi sesebuah budaya. Sebagai sebuah Negara islam, neraca ukur ini harus dimanipulasi untuk maju bersama identiti bukan sekadar bangga apabila menara tercatat dalam senarai tertinggi tetapi tiada gambaran identiti Islam yang dicanang setinggi menara itu. Arkitek-arkitek serta individu alam bina harus tahu apa yang mendominasi pembinaan mereka. Janganlah sekadar mengejar untung dan nama semata sedangkan dalam masa yang sama peluang dakwah itu wujud di depan mata.

Sunday, 20 May 2012

sejarah senibina

Salam sejahtera…

Di dalam ruangan ini saya ingin berkongsi beberapa pengetahuan dan juga pandangan saya mengenai alam pembinaan atau lebih dikenali sebagai alam bina...terutamanya di bawah tajuk teori dan sejarah senibina yang saya pelajari pada semester ini…
Sebelum meneruskan perbincangan ini saya ingin menerangkan dahulu maksud teori dan sejarah senibina bagi pemahaman saya sendiri…

Teori boleh dimaksudkan sebagai suatu kesimpulan awal yang telah di buktikan tetapi masih lagi belum mencapai tahap fakta.

Sejarah pula boleh dimaksudkan sebagai suatu cerita pada masa lampau yang telah meninggalkan pengajaran serta panduan untuk kegunaan masa kini…banyak tafsiran terhadap perkataan sejarah ini, tetapi maksudnya lebih kurang sama sahaja…

Manakala senibina pula adalah gabungan antara seni dan pengetahuan sains…dimana dengan erti kata lain adalah gabungan nilai estetika dan juga kekukuhan sesuatu struktur itu…

Senibina adalah bukan sesuatu yang baru bagi kita sebenarnya, ia telah wujud sejak azali lagi..sehingga tidak dapat dikaji dengan tepat dan masih terus dikaji hingga ke hari ini.… ada watak (seseorang) disebaliknya yang mencorakkan muka bumi ini… sejarah mengatakan bahawa seni binaan boleh dibezakan dengan corak Sesutu bangunan..manakala corak atau nilai senibina itu pula boleh menerangkan kepada sesebuah tamadun atau puak sesuatu kawasan…lain tamadun lain lah senibinannya…

Pada awalnya ia merupakan satu pembinaan dengan tujuan untuk perteduhan dan keselamatan semata- mata..dengan erti kata lain mempunyai fungsi tersendiri…sehinggalah ia dikembangkan menjadi satu tanda atau imej kepada sesebuah tamadun atau Negara…dan terus dibangunkan dengan menitik beratkan nilai sesuatu rekabentuk atau estetika…

Dan kini, pereka-pereka hampir lupa kepada tujuan asal sesuatu pembangunan itu…terutamanya dari segi system bangunan tersebut…lebih mengejar kemewahan dan hilang kejujuran… tetapi semua itu tidak dihiraukan oleh masyarakat sekarang…alpa dengan kemajuan yang akhirnya akan mendatangkan bencana yang hebat suatu hari nanti…




K I A M A T P A D A T A H U N 2 0 1 2 ???

Walaupun banyak tanda-tanda akhir zaman yang berlaku pada masa sekarang, namun kita masih tidak boleh mempercayai bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2012.. Sebagai seorang Muslim, kita wajib mempercayai bahawa kiamat itu wujud sementelaah mempercayainya adalah salah satu daripada rukun iman..Al-Quran dan Hadith tidak pula menetapkan bilakah kejadian kiamat ini kerana ini menjadi rahsia Allah s.w.t kepada umat manusia akhir zaman. Di dalam Al-Quran dan Hadith hanya menceritakan tentang tanda-tanda yang bakal berlaku pada waktu kiamat itu akan terjadi tetapi tidak pula ia memberitahu kepada manusia bilakah waktu yang tepat ia berlaku. Cuma tanda- tanda besar menunjukkan bahawa telah begitu hampir hari kiamat setelah tanda-tanda kecil terjadi. Antara tanda-tanda besar kiamat adalah
• Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
• Lahirnya Dajjal.
• Keluar asap tebal.
• Turunnya Nabi Isa a.s.
• Kemunculan Imam Mahdi.
• Matahari terbit dari ufuk barat.
• Keluarnya suku Ya'juj dan Ma'juj.
• Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik
• Runtuhnya Ka'abah
• Terdengar tiupan sangkakala pertama.
• Ada azan tak di jawab
• 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab
Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Dialah berkuasa untuk menentukan sesuatu kejadian. Moga-moga dengan segala tanda-tanda yang ditunjukkan ini dapat menginsafkan kita semua untuk kembali kepada cara hidup islam dan hanya orang-orang yang beriman sahaja sempat bertaubat sebelum terjadinya Hari yang Maha Dahsyat yakni Hari Kiamat. Maka sebagai seorang seorang mukmin, kita dinasihatkan agar tidak mempercayai kejadian kiamat berlaku pada tahun 2012. Akan tetapi, kita perlu mempersiapkan diri dengan amalan-amalan soleh walaupun usia kita masih muda. Ini kerana ajal dan maut itu bakal muncul tidak kira waktu dan tempat. Begitulah juga dengan kemunculan kiamat.

A R C H I T E C T U R E E D U C A T I O N

Under the terms of the Constitution and Bye-laws of the Pertubuhan Akitek Malaysia, graduates who have obtained the appropriate qualifications from the following schools of Architecture are deemed to have passed Part I and II of the PAM examinations in Architecture.

NOTES

Graduates who have obtained the PAM Part I and Part II Examinations and have acquired the necessary period of practical experience would become eligible to sit for the LAM-PAM Part 3 Professional Practice and Practical Experience Examination.

Having satisfied the compulsory practical experience as prescribed in the Architects Act 1967 (Revised 1973) and on passing the Part 3 Examination, they will become eligible for consideration for Corporate membership of PAM and registration with the Board of Architects Malaysia as an Architect.
Subsequent to the implementation of the Architects Act 1967 (Revised 1973) PAM finalised its list of recognised schools. The list has been revised as follows

APA ITU SENIBINA?


 Senibina biasanya dibayangkan ( direka ) dan dilahirkan ( didirikan ) sebagai balasan terhadap sekumpulan keadaan yang sedia ada. Keaadan ini mungkin bersifat fungsi semata-mata,atau pun mungkin membayangkan maksud sosial,ekonomi,politik bahkan khayalan atau lambang dalam kedaan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun,perlulah diandaikan bahawa kumpulan keadaan yang sediada, yakni masalahnya, tidak begitu memuaskan dan suatu keadaan baru, iatu penyelesaian diperlukan. Oleh itu perbuatan mencipta seni bina merupakan proses menyelesaikan masalah ataupun merekabentuk.    Proses rekabentuk ialah mengakui keadaan yang bermasalah itu dan keputusan mencari penyelesaiannya dalam erti kata rekabentuk merupakan perbuatan yang disengajakan, iaitu usaha yang bertujuan.    Seni juga adalah menyelesaikan masalah yang  tidak dapat dirumuskan sebelum masalah ini diselesaikan dan cara membentuk persoalannya merupakan sebahagian dari jawapannya. Penyelesaian masalah itu  adalah betujuan memperkayakan perbendaharaan rekabentuk melalui penerokaan, pengkajian dan penggunaan.    Sebagai suatu kesenian, seni bina adalah lebih daripada semata-mata memuaskan kehendak penggunaan ( fungsi) sesuatu program binaan. Pada dasarnya manifestasi fizik seni bina disesuaikan dengan kegiatan manusia.Walau bagaimanapun, susunan dan organisasi unsur bentuk dan ruang akan menentukan bagimana senibina mungkin memajukan usaha, mencuba mendapat balasan dan menyampaikan maksud.    Dari segi senibina juga, penyelesaian sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui dengan keadaan fungsi,tujuan dan konteks 

I Look East Redux - New Beginnings with Airbnb


I Look East Redux - New Beginnings with Airbnb

When I arrived back in the states in 2009, I deplaned and went to Venice Beach with my family and closest friends. Over iced tea we discussed the year I had abroad: teaching in Japan, exploring the Mekong and Luang Prabang and riding elephants and trading with hill tribe people in the Golden Triangle. While thumbing through the extra pages in my passport, I promised myself that I would fill those pages before the 2015 expiration date – that I would find a way to get back into the world that had so impacted me. It was late May.

Now, nearly three years later, I have been given the opportunity to give back to the industry that has given me so much and I will be joining Airbnb – a trusted community where you can list, share and book a place to stay: anything from a couch to a castle. This incredible idea is already taking root all over the world and changing the way we travel and interact with each other – and since this is a topic very close to my heart, I am honored and excited to join the team.

Like any PR pro worth their salt, I like to get my hands dirty with a product and experience things first hand, so this weekend I set off to celebrate my new gig by booking a last minute getaway with my mother and sister through Airbnb. I was working on a quick turn-around leaving me five hours to find a place to stay, communicate with the host and finalize our end destination in Monterery. Luckily, I found an amazing listing: a 32 foot sailboat in Monterey Bay’s Breakwater Cove Marina operated by host, Captain Dutch who responded to my query in less than 20 minutes. After a couple quick conversations and payment through the site, we were set up and whizzed down south, through the winding, wooded roads around Santa Cruz and picking up fresh cherries in Gilroy on our way to Monterey.

We arrived at the marina to the shore divers finished up their exploration of the kelp forests, trudging toward their trucks under the weight of their gear. Salmon fishermen docked their boats after hours on the crystal blue sea catching their trade. I wound my way down the docks and met up with Captain Dutch who introduced me to my temporary abode: The Pegasus. Serendipity has many shapes, but tonight she came as a boat that embodied the librating image of a gleaming white, winged horse I had learned about through my travels and obsession with Greek literature. My sister Laura, however, had a much more direct connection to the name Pegasus. Only two days ago, her best friend’s mother went into surgery for pancreatic cancer and the family has been heavy on her mind. Pegasus is the name of their boat, named for this amazing matriarch.

Needless to say, the three of us were overjoyed with our booking and as we sat on the deck drinking pinot noir and eating cheese and crackers, seals began to spring up and circle the boat. Their bodies were sleek with water and in their jaws were massive salmon they tossed in the air to tear apart. Across the waterway, another boat named The Other Office The sun began to set and a storm set in, but my family cuddled around a laptop watching the Twilight Zone until we fell asleep to the light rocking of the boat.